myMetro : Rebat tunai MyKad

SUMBER : MyMetro

ORANG ramai kini boleh menggunakan kemudahan terbaru menerusi MyKad apabila sebuah syarikat tempatan iaitu Affiliate Junction memperkenalkan program MyKad Smart Shopper (MSS) yang memberikan rebat tunai dan pelbagai faedah lain kepada pengguna apabila membeli-belah di premis perniagaan terpilih.

Program MSS adalah program pertama menjurus kepada pengguna Malaysia yang gemar membeli-belah dan sejak Ogos lalu saja lebih 2,000 penduduk berdaftar di bawah MSS yang menawarkan lebih 100 rangkaian membeli-belah di sekitar Lembah Klang.

Pengarah Eksekutif I-Sybergy Universal Sdn Bhd dan Pemilik Affiliate Junction, Lawrence Teo berkata, sokongan padu daripada Multimedia Development Corporation Bhd (MDeC) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membolehkan pihaknya memperkenalkan program MSS kepada seluruh warga Malaysia.

“Kami mengaplikasikan konsep pemasaran perkongsian di mana perniagaan memberi ganjaran kepada rakan kongsi kami yang memperkenalkan program ini kepada peniaga dan pengguna.

“Ia juga menjadikan warga Malaysia pengguna bijak kerana melalui program ini mereka akan mendapat rebat tunai dan pelbagai faedah lain apabila membeli-belah di premis peniaga yang berdaftar dengan kami,” katanya, kelmarin.

Majlis merasmikan program MyKad Smart Shopper itu turut dihadiri Pengarah Projek Kad Pintar, JPN, Siti Rohani Muhamad Yusup, Pengarah Pegawai Operasi Koperasi MDeC, Ng Wan Peng dan Ketua Bahagian Kad Pintar Pelbagai Guna, Bahagian Sosio Ekonomi MDeC, Abdul Jalil Shukor.

Teo berkata, pihaknya turut menjemput peniaga berminat untuk menjadi rakan kongsi bagi program penyelidikan yang berpandukan tempoh percubaan percuma selama 12 bulan.

“Kami sedang mencari sekurang-kurangnya 500 peniaga berminat membabitkan diri di dalam program penyelidikan ini dan kami berharap dapat bekerjasama dengan beberapa persatuan peniaga dan jenama terkenal bagi memperkenalkan konsep ini kepada ahli perniagaan mereka,” katanya.

Tanpa dikenakan sebarang kos, rakyat Malaysia kini boleh mendaftarkan MyKad mereka melalui mana-mana rakan kongsi Affiliate Junction dan selepas menjadi ahli, pengguna boleh terus menikmati nilai hebat.

Pengguna juga boleh mendapat rebat tunai segera dan peniaga pula diberi peluang mengembangkan potensi perniagaan mereka kepada 27 juta pengguna tanpa berbelanja lebih melalui pengiklanan dan promosi kerana menggunakan konsep pemasaran berpandukan bayaran melalui setiap jualan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.aj.my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s