Akhbar 2010 – KOSMO : MyKad untuk membeli-belah

MyKad untuk membeli-belah – Kosmo

Kuala Lumpur – MyKad kini memiliki nilai tambah baru menerusi sebuah aplikasi yang membenarkan ia digunakan dalam aktiviti membeli-belah.

Aktiviti itu Berjaya direalisasikan menerusi program MyKad Smart Shopper yang dibangunkan dan diuruskan oleh I-Synergy Universal Sdn. Bhd. (I-Synergy)

Pengarah Eksekutif  I-synergy, Lawrence Teo berkata, Sejak Ogos lalu, Lebih daripada 40 jenama produk dan rangkaian beli-belah di sekitar Lembah Klang telah mendaftar dalam program tersebut.

“Melalui program ini, pemilik MyKad akan mendapat rebat tunai dan pelbagai faedah lain apabila membeli-belah di premis perniagaan yang mendaftar dengan kami.

“Dalam masa yang sama, ia juga mengaplikasikan konsep pemasaran perkongsian yang mana perniagaan member ganjaran kepada rakan kongsi yang memperkenalkan program ini kepada peniaga dan pengguna”, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Program MyKad Smart Shopper telah dilancarkan oleh Pengarah Projek Kad Pintar Jabatan Pendaftaran Negara, Siti Rohani Muhamad Yusup disini baru-baru ini.

Affiliate Junction merupakan syarikat pertama yang mengaplikasikan konsep pemasaran perkongsian di negara ini.

Menurut Teo, pemilik MyKad yang mendaftar untuk program tersebut tidak akan dikenakan sebarang kos dan ia boleh dilakukan mana-mana rakan kongsi Affiliate Junction.

Selain itu, Teo menjelaskan, bagi golongan peniaga pula, program tersebut member akses pemasaran yang menjangkaui 27 juta pengguna tanpa mengeluarkan perbelanjaan melalui promosi dan pengiklanan.

Download Newspaper Cutting Here

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s