Akhbar 2010 – Utusan Malaysia : MyKad untuk berbelanja

MyKad untuk berbelanja – Utusan Malaysia

Kuala Lumpur 9 Nov – Rakyat Malaysia kini boleh menggunakan MyKad untuk berbelanja di 100 buah pusat membeli belah di sekitar Lembah Klang menerusi program MyKad Smart Shopper.

Perisian terbaru MyKad itu diuruskan oleh I-Synergy Universal Sdn.Bhd. iaitu sebuah syarikat pemasaran integrasi dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Multimedia (MDeC).

Pengarah Eksekutif I-Synergy Universal, Lawrence Teo berkata, program MyKad Smart Shopper telah berjaya menarik lebih 2000 pemilik MyKad mendaftar dengannya setakat Ogos lalu.

Menurutnya, ketika ini 100 buah pusat membeli belah telah mengaplikasikan urus niaga dengan mengunakan Mykad menerusi konsep pemasaran perkongsian yang dikenali sebagai Affiliate Junction.

“kami membangunkan konsep pemasaran perkongsian dengan memeberi ganjaran kepada rakan kongsi yang memperkenalkan program ini kepada peniaga dan pengguna.

“Kami juga merancang mengembangkan rangkaian Affiliate Junction pada masa depan untuk memberi kemudahan kepada 27 juta rakyat di negara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Rakyat Malaysia boleh mendaftarkan MyKad mereka melalui rangkaian rakan kongsi Affiliate Junction untuk menikmati pelbagai tawaran hebat program ini.

Download Newspaper Cutting Here

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s