Akhbar 2011 – BERNAMA : AJ Retail Network Kembang Sayap Ke Sabah

AJ Retail Network Kembang Sayap Ke Sabah – Bernama

KOTA KINABALU, 5 Julai (Bernama) — Affiliate Junction Network (AJ), rangkaian sekutu runcit utama Malaysia hari ini secara rasminya meluaskan rangkaiannya ke Sabah dengan pelancaran program utamanya – MyKad Smart Shopper Program, di sini.

(L-R) Mr. Lawrence Teo (CEO of IS Group, AJ founder), Haji Mohd Kamaruddin Yap (MD of Kemawang Enterprise Sdn Bhd), Haji Uda Haji Sulai (MD of Systemic M&E Sdn Bhd), Dato’ Ir Wan Zahari Hassan (AJ Program Patron), Siti Rohani Muhamad Yusup (Director of the Government Multipurpose Card Project, JPN), Ms. YE Leong (Chief Marketing of IS Group)

Ia dilancarkan bersama oleh Pengarah Projek Kad Pelbagai Guna Kerajaan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Siti Rohani Mohamed Yusup, Penaung Affiliate Junction Datuk Ir Wan Zahari Bin Hassan dan Pengasas Affiliate Junction serta CEO I SYnergy Universal Sdn Bhd (IS) Lawrence Teo.

Program MyKad Smart Shopper itu dibangunkan oleh IS, penyedia penyelesaian dan perunding cara pemasaran runcit bersepadu, secara kerjasama strategik dengan JPN dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Dilancarkan terdahulu di Kuala Lumpur pada November lepas, program smart shopper itu merupakan yang pertama seumpamanya yang menyediakan secara terus kepada sebarang keperluan runcit asas rakyat Malaysia.

Program itu juga membolehkan rakyat Malaysia menjadi pengguna yang lebih pintar apabila mereka menikmati keistimewaan, rebat tunai segera, serta mata ganjaran apabila mereka berbelanja di outlet peniaga rangkaian tersebut, kata Teo.

Setakat ini, program itu memperoleh hampir 200 outlet runcit yang menyertainya dan 30,000 sekutu dan ahli.

“Pendekatan kami adalah untuk menggunakan konsep pemasaran sekutu di mana perniagaan memberikan ganjaran kepada sekutu kerana merujukkan pelanggan kepada perniagaan mereka,” katanya.

Menerusi sokongan JPN dan MDeC, “kami dapat meluaskannya kepada lebih ramai rakyat Malaysia yang boleh mendapat manfaat daripada konsep ini,” katanya.

Teo berkata rakyat Malaysia kini boleh mengaktifkan MyKad mereka dengan mana-mana sekutu Affiliate Junction dan menikmati banyak faedah yang ditawarkan oleh ‘MyKad Smart Shopper Program’.

“Pengguna mendapat rebat tunai segera dan mata ganjaran apabila mereka berbelanja manakala peniaga mendapat akses kepada 27 juta pelanggan yang berpotensi tanpa berbelanja lebih bagi pengiklanan dan promosi hasil daripada saluran pemasaran prestasi bayar bagi jualan ini. Ia situasi sama-sama menang bagi semua,” katanya.

Teo berkata Affiliate Junction menyasar mendapatkan sekurang-kurangnya 10,000 sekutu dan ahli dari pasaran Sabah dan Sarawak untuk menyertai program tersebut dalam tempoh 12 bulan akan datang.


text by BERNAMA (http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=599206);
photo by AJ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s